Javascript is disabled.

UUM e-com

Universiti Utara Malaysia Online Payment Portal

   

POLISI PRIVASI

DASAR PRIVASI DAN KESELAMATAN

Dasar Privasi dan Keselamatan merupakan perkara penting dan UUM memandang serius ke atas privasi dan keselamatan pengunjung. Ruangan ini memberi informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi UUM e-com dan merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar mel elektronik yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi lain bagi membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

PENGUMPULAN & PENGGUNAAN MAKLUMAT

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui menu/borang yg telah disediakan. Maklumat transaksi perbankan/kad kredit anda hanya akan digunakan oleh UUM bagi tujuan pemprosesan bayaran yang dibuat sahaja.

PERKONGSIAN & PENDEDAHAN MAKLUMAT

UUM tidak akan berkongsi atau menyebarkan maklumat pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam,kecuali apabila;.

1. Perlu menyelesaikan masalah atau aduan pelanggan yang melibatkan lain-lain agensi.

2. Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau

3. Mendapati tindakan pengunjung/pengguna laman web melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

PERLINDUNGAN DATA

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

KESELAMATAN STORAN

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

MAKLUMBALAS, PERTANYAAN ATAU ADUAN

Universiti Utara Malaysia sentiasa mengemaskini polisi ini dan amat mengalu-alukan maklumbalas dari anda. Semua maklumbalas, pertanyaan atau aduan anda akan diajukan kepada pihak yang berkenaan.

PAUTAN KEPADA LAMAN WEB YANG LAIN

Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Walau bagaimanapun, laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Oleh demikian, adalah diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

PINDAAN DASAR

Sekiranya terdapat pindaan, dasar privasi dan keselamatan akan dikemaskini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, pengunjung akan mendapat maklumat yang terkini.

KESELAMATAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Transaksi elektronik merupakan komponen penting dalam mempelbagaikan perkhidmatan Universiti Utara Malaysia. Namun begitu kebaikan transaksi atas talian juga boleh menimbulkan risiko penipuan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Oleh demikian, pengunjung haruslah sentiasa berwaspada.

MELAPORKAN AKTIVITI MEL ELEKTRONIK PALSU KEPADA UUM

Jika anda menerima mel elektronik yang tidak dialamatkan kepada anda secara tepat dan kemudian meminta anda untuk klik pada pautan, mendedahkan butiran peribadi atau membuat bayaran yang mencurigakan, anda mungkin akan terdedah dengan risiko penipuan dari laman palsu. Jika anda telah menerima mel elektronik daripada Universiti Utara Malaysia yang mencurigakan, sila hubungi Jabatan Bendahari UUM. Tindakan akan diambil di atas setiap aduan yang diterima.