UUM e-com

Universiti Utara Malaysia Online Payment Portal

   

TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN E-COM

PENGENALAN

Kemudahan bayaran melalui e-com disediakan oleh Jabatan Bendahari Universiti Utara Malaysia bagi mempelbagaikan mod pembayaran dan memudahkan pelanggan..

Kemudahan ini ditawarkan kepada semua pelanggan terutamanya pelajar dan staf bagi memenuhi keperluan semasa dalam memastikan proses pembayaran dapat dilakukan dengan lebih cekap, mudah dan efektif.

Polisi dan Peraturan Kemudahan e-com disediakan bertujuan untuk;

  1. Menggariskan kemudahan yang disediakan supaya dapat digunakan tanpa mengalami sebarang kesulitan.
  2. Menggalakkan penggunaan bayaran secara talian kepada Universiti bagi memastikan bayaran dapat dibuat dengan lebih cepat dan mudah.

Polisi dan Peraturan ini mengandungi perkara berikut;

  1. Kemudahan e-com
  2. Pembatalan Bayaran
  3. Pembayaran Balik
  4. Aduan berkaitan kemudahan e-com
  5. Perubahan kepada polisi

1. KEMUDAHAN E-COM

i) Perbankan Internet (FPX)
Pelanggan perlu mengaktifkan akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.

ii) Kad Kredit MasterCard/Visa
Pelanggan perlu mengaktifkan keupayaan pembayaran menggunakan kad kredit atas talian. Pengaktifan kemudahan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank pengeluar kad kredit.

iii) Perbankan Internet (Bank Islam)
Pelanggan perlu mengaktifkan akaun perbankan internet Bank Islam bagi membuat bayaran secara bill presentment.

2. PEMBATALAN BAYARAN

Pembatalan bayaran terhad ke atas kemudahan kad kredit Mastercard/Visa. Pembatalan ini boleh dibuat dalam tempoh 24 jam dan tertakluk kepada waktu bekerja UUM. Pelanggan perlu menghubungi Jabatan Bendahari UUM untuk pembatalan.

Pelanggan perlu merujuk kepada Polisi Pembayaran Balik sekiranya ingin membuat pembatalan di luar daripada tempoh yang ditetapkan atau jika tidak berjaya membuat pembatalan bayaran.

3. PEMBAYARAN BALIK

Pelanggan boleh menuntut kembali wang yang tersilap bayar dalam e-com dengan mengemukakan dokumen berikut kepada Jabatan Bendahari UUM:-

i) Borang Permohonan Bayaran Balik dari pembayar
ii)Salinan kad pengenalan/kad matrik depan dan belakang
iii)Salinan Online receipt

Bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 14 hari kepada pembayar setelah menerima dokumen lengkap, dan sekiranya pembayar tiada lain-lain hutang tertunggak.

4. ADUAN BERKAITAN KEMUDAHAN E-COM

Pelanggan boleh memberi maklumbalas mengenai e-com ke bend@uum.edy.my. UUM akan memberi maklumbalas kepada pelanggan dalam tempoh tiga hari bekerja selepas menerima maklumat tersebut.

Sekiranya tiada maklumbalas diberikan selepas tiga hari bekerja, pelanggan boleh terus menghubungi Jabatan Bendahari UUM di talian 04-9283200 atau seperti di Direktori Hubungi Kami.

Sekiranya maklumbalas yang diterima daripada sumber-sumber di atas masih juga tidak memuaskan, maklumbalas lanjut boleh di buat terus kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

5. PERUBAHAN KEPADA POLISI

UUM berhak untuk menyemak semula dan meminda isi kandungan polisi dan peraturan ini dari semasa ke semasa sekiranya perlu bagi memastikan ianya relevan dengan kemudahan yang ditawarkan. Sebarang perubahan yang dibuat akan dihebahkan melalui laman sesawang Jabatan Bendahari UUM atau lain-lain medium yang dirasakan sesuai untuk maklumat umum.